Powered By Blogger

Jumat, 26 Oktober 2012

Puisi Lama


Talibun adalah sejenis puisi lama seperti pantun karena mempunyai sampiran dan isi, tetapi lebih dari 4 baris ( mulai dari 6 baris hingga 20 baris). Berirama abc-abc, abcd-abcd, abcde-abcde, dstnya.
Ciri-ciri Talibun adalah seperti berikut:-
  • Ia merupakan sejenis puisi bebas
  • Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian
  • Isinya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperinci
  • Tiada pembayang. Setiap rangkap dapat menjelaskan satu keseluruhan cerita
  • Menggunakan puisi lain (pantun/syair) dalam pembentukannya
  • Gaya bahasa yang luas dan lumrah (memberi penekanan kepada bahasa yang berirama seperti pengulangan dll)
  • Berfungsi untuk menjelaskan sesuatu perkara
  • Merupakan bahan penting dalam pengkaryaan cerita penglipur lara
Selasih di rimba Jambi
Rotan ditarik orang pauh
Putus akarnya di jerami
Kasih pun baru dimulai
Tuan bawa berjalan jauh
Itu menghina hati kami.

Kalau anak pergi ke pekan
Yu beli belanak beli
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanakpun cari
Induk semang cari dahulu

Masnawi-Rubai-Kit'ah-Gazal-Syair


Sekilas Mengenal Puisi Lama Pengaruh Arab/Parsi
Jenis-jenis puisi lama karena pengaruh Arab atau Parsi antara lain masnawi, rubai, kit’ah, gazal, dan syair. Perhatikan gambar berikut!



Masnawi adalah jenis puisi Malayu lama yang berasal dari sastra Arab- Parsi. Jumlah larik dalam setiap baitnya agak bebas, dengan skema rima berpasangan dua-dua (a-a-b-b-c-c.... dan seterusnya), dan berisi puji-pujian untuk pahlawan

Contoh masnawi:

UMAR

Umar yang adil dengan perinya
Nyatalah pun adil sama sendirinya
Dengan adil itu anakkya dibunuh
Itulah Adalat yang benar dan sungguh
Dengan bedah antara isi alam
Ialah yang besar pada siang dan malam
Lagi pun yang menjauhkan segala syar
Imamu’ilhak di dalam kandang mansyar
Barang yang hak ta’ala katakan itu
Maka katanya sebenarnya begitu


Rubai (rubaiyat) adalah jenis puisi Melayu lama yang berasal dari sastra Arab-Parsi. Setiap baitnya terdiri atas empat larik dan berskema rima a-a-b-a dan berisi tentang nasihat, puji-pujian, atau kasih sayang.

Contoh:
Subhanahu Allah apa segala hal manusia
Yang tubuhnya dalam tanah jadi duli yang sia
Tanah ini kujadikan tubuhnya kemudian
Yang ada dahulu padanya terlalu mulia

Kit’ah adalah jenis puisi Melayu lama yang berasal dari sastra Arab-Parsi. Setiap bait terdiri dari lima baris, lebih mirip syair, sajak kurang beraturan dan kalimatnya panjang-panjang.

Contoh:
Jikalau kulihat dalam tanah pada ihwal sekalian isan,
Tiada kudapat bedakan pada antara rakyat dan sultan,
Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman,
Kullu man’alaiha fanin, yaitu,
Barangsiapa yang di atas bumi ini fana jua.

Gazal adalah jenis puisi Melayu lama yang berasal dari sastra Arab-Parsi. Setiap bait terdiri dari delapan larik dan tiap lariknya berakhiran dengan kata yang sama; berisi seputar asmara.

Contoh
Kekasihku seperti senyawa pun adalah terkasih dan mulia juga
Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga
Jika 1000 tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga
Hanya jika pada nyawa itu hampir dengan sedia suka juga
Dan menghilangkan cintanya pun itu kekasihku yang setia juga

Syair adalah jenis puisi Melayu lama yang berasal dari Arab-Parsi. Biasanya setiap bait terdiri dari empat larik, ber-rima a-a-a-a.

Syair banyak dipakai untuk bercerita yang mengandung unsur mitos maupun sejarah. Misalnya: Syair Panji Semirang, Syair Ratu Mambang Jauhari, Syair Singapura Dimakan Api, dan lain-lain; atau juga berisi tentang ajaran filsafat/agama.(misal. Syair Perahu karya Hamzah Fansuri).

Contoh penggalan syair:

Rahman dan Rahim keduanya sifat
Membawa suka menguraikan nikmat
Melengkapi sekalian laut dan darat
Besar dan kecil dunia akhirat
.................

Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya.
Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang.
Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia 
Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.

         Aku mula nazam ini dengan nama, 
         Allah yang memberi fahaman agama, 
         Puji itu bagi Allah yang mulia, 
         Lagi kekal ia lagi yang sedia. 
 
Dari contoh di atas yang di karang oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat nazam dicipta oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara penyampaian bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan.
Di Melaka, Hajah Ramlah bte Haji Baba merupakan peminat nazam sehingga sekarang. Beliau merupakan ketua kepada Suara Srikandi Melaka yang memimpin Kumpulan Nazam Sri Kandi Tanjung Kling. Beliau yang berasal dari Tanjung Kling ,Melaka telah melibatkan diri dan menghidupkan semula nazam ini hampir 10 tahun lalu. Beliau merupakan wanita tunggal yang masih mengingati nazam yang hampir pupus. Menurut beliau, puisi-puisi lama yang didendangkan itu asli daripada nenek moyang turun temurun dan ia tidak diubah suai serta di tulis dengan tulisan jawi.

1 komentar: